Monday, 25 February 2019

Air Beras Menaikkan Seri Wajah


Dah lama saya nak share ni..

Ok bila saya rasa kulit kusam je, cara paling cepat nak naikkan balik seri wajah tu, saya guna air beras je...lepas tu rasa flawless dan segar gila kulit muka hikey....ok semua orang tahu, tapi tak semua orang tahu keberkesanan dia...

Air beras ni berbanding toner lain, saya bagi 5 star. Air beras sesuai untuk semua jenis kulit. Kering, berminyak, sensitif atau normal. Dia tak pilih jenis kulit. Macam saya kulit kombinasi, berminyak kat pipi, kering kat area lain. Bila basuh ngan air beras, tona kulit jadi sekata, wajah jadi cerah berseri dan lembut.


Fungsi air beras untuk kulit wajah
  • Menaikkan seri wajah
  • Menyejukkan kulit yang panas
  • Membersihkan kotoran di wajah secara lembut
  • Memberi ketegangan pada wajah


Sebab apa air beras boleh mencantikkan kulit?
Ok air beras ni ada macam-macam komponen. Jadi komponen-komponen ni berfungsi membersih dan merawat kulit secara halus. Ia juga mampu membalance kan PH kulit dengan cenggini.

Ni resepi nak guna  air beras:

  • Ambil segenggam beras
  • Basuh dengan airB
  • Buang air basuhan pertama (sebab nak buang segala benda asing dalam beras tu k)
  • Basuh kali ke dua
  • Buang air basuhan kedua (sebab masa ni masih ada kotoran masa memproses beras)
  • Tuang air kali ketiga sampai tinggi air jadi dua kali ganda tinggi beras (ikutla kalau nak pekat dan rasa banyak duit untuk beras, letak air sikit, kesannya lagi mantop hihi)
  • Ok biarkan selama sejam atau semalaman (bergantung cuaca tempat anda, kalau panas biar beberapa jam pun dah ok, sebab lama sangat nanti cepat busuk)
  • Ok lepas tu kacau (seeloknya jangan guna sudu besi sebab ia akan sedikit sebanyak mengubah PH air beras tersebut, gunalah sudu plastik ke kayu ke)
  • Ambil air rendaman beras ni, gunalah untuk membasuh wajah.


Cara guna

  • Bilas di wajah, kemudian biarkan ia kering sendiri di wajah, jangan lap
  • Masukkan ke dalam bekas toner/face spray, letakkan pada cotton pad dan guna sebagai toner (kena simpan dalam peti)


Tips:
Air beras ni cepat basi. So kalau nak fresh guna sekali atau dua kali je. Buat seminggu 2 3 kali pun dah ok untuk bilas wajah.

Tapi kalau nak guna sebagai facial mist ke toner ke, simpan dalam peti sejuk r. Paling lama pun tahan 5 hari ok. Lebih pada tu tak pasti komponen apa terbentuk dalam tu.

Tapi kalau ikutkan, bedak sejuk putih2 tu pun terhasil dari beras yang diperap lama. Haha tak taulah tu. Kena buat kajian saintifik lu bahan apa dalam air beras tu lepas dia basi.

Sunday, 17 February 2019


Ubi Kentang Hancur
マッシュポテト

Bahan-bahan:
Ubi kentang
Lobak merah
Timun batang
Lada sulah
Garam
Gula


Cara-cara:
1. Kupas kulit ubi kentang. Rebus sehingga masak.
2. Potong timun bentuk bulat nipis-nipis.
Angkat lobak merah ketika separuh masak.
3. Setelah masak, angkat dan toskan.
2. Penyek ubi kentang dengan sudu sehingga hancur.
5. Potong lobak merah halus-halus.
6. Masukkan hirisan timun dan lobak merah ke dalam kentang penyek.
7. Gaul hingga rata.
8. Tambahkan sedikit garam atau lada sulah sebagai perisa.
9. Siap dihidang dan dinikmati.

Saturday, 16 February 2019

Smoothie Kurma
~~~untuk tambah tenaga
~~hanya menggunakan 3 bahan



Bahan-bahan:
Susu
Kurma
Timun batang

  1. Buang biji dan tangkai kurma
  2. Rendam di dalam air semalaman sehingga lembut
  3. Jika tidak mempunyai waktu, skip langkah 2 tidak mengapa.
  4. Masukkan air rendaman kurma, kurma, timun batang ke dalam blender.
  5. Tuang susu.
  6. Blender kesemuanya sehingga hancur.
  7. Wallaaaa....


Ini sesuai untuk orang yang terlalu kurus, kurang selera makan dan ingin lebih bertenaga dalam menjalankan rutin seharian. Kurma terdiri daripad pelbagai Vitamin dan kaya dengan Vitamin A, Vitamin B Kompleks, Zat Besi dan Kalsium. Timun batang ditambah kerana ia bersifat sejuk supaya dapat menyeimbangkan smoothie anda kerana kurma dan susu bersifat panas. Susu pula kaya dengan Protein, Kalsium dan Vitamin B. Walla....Jika anda suka boleh menambah madu, tapi pastikan timun batang ditambah lebih banyak....


Monday, 11 February 2019




卵マヨサンドイッチ ~

Egg Mayo Sandwich



Bahan-bahan:
Telur
Mayonis
Roti keping

  1. Rebus telur hingga masak dan sedikit lembut.
  2. Potong telur bentuk dadu mengikut saiz kesukaan anda.
  3. Campurkan dengan mayonis. Tambahkan garam, lada sulah dan gula jika suka.
  4. Gaul perlahan supaya telur tidak hancur.
  5. Potong bahagian kulit roti.
  6. Timbunkan inti telur di tegah-tengah roti.
  7. Letak satu lagi roti di atasnya dan kemaskan ia.
  8. Anda boleh menggunakan pengepit sandwich jika ada.
  9. Yummy!! Siap dimakan~



Sunday, 3 February 2019



寿司を作りましょう!!
JOM BUAT SUSHI ~



Bahan-bahan:
Beras
Cuka 
Ikan tuna segar
Kicap cair
Wasabi
Timun batang

  1. Tanak nasi sehingga lembut. Jika menggunakan beras Malaysia, letak lebih air atau campurkan dengan sedikit beras pulut supaya lembut dan melekit.
  2. Masukkan nasi ke dalam mangkuk besar, campurkan sesudu cuka dan gaul sehingga menjadi melekit supaya senang dipotong. 
  3. Tutup dan biarkan selama sejam.
  4. Dengan menggunakan pisau yang tajam, potong ikan tuna nipis-nipis dan mengikut saiz kesukaan anda. Ambil bahagian isinya sahaja.
  5. Jika ikan anda kurang segar, rebus separuh masak.
  6. Ambil sedikit nasi di tapak tangan anda dan genggam supaya nasi menjadi bentuk segi empat tepat. Genggam dengan kemas tapi lembut supaya udara dapat meresap masuk ke dalam nasi! 
  7. Susun kepalan nasi di atas pinggan.
  8. Letakkan hirisan ikan perlahan-lahan ke atas gumpalan nasi. 
  9. Sediakan sedikit wasabi, dan kicap yang dicairkan dengan air di sebagai sos sushi. 
  10. Potong hirisan timun dan hias.
  11. Selesai!




Air Beras Menaikkan Seri Wajah Dah lama saya nak share ni.. Ok bila saya rasa kulit kusam je, cara paling cepat nak naikkan balik ser...